Antara jenis Sakura yang paling biasa ditemui :
1. Somei Yoshino
Bunga sakura daripada jenis ini sangat terkenal. Bunganya berwarna putih dan pokoknya hanya mengeluarkan bunga sahaja tanpa daun. Jenis sakura ini berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar. Selepas itu, bunga-bunga Somei Yoshino ini akan gugur dan daun-daun hijau mulai tumbuh di pokok menggantikan bunga yang sudah gugur.

2. Shidarezakura / weeping cherry
Dahan pokok ini berjuntai ke bawah dan dahannya sangat rendah. Bunga daripada weeping cherry ini kebiasaanya berwarna merah jambu terang. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis, pokok bunga dengan lima kelopak dan pokok bunga dengan lebih daripada lima kelopak. Jenis sakura ini juga, berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar.

3. Yamazakura
Bunga sakura ini adalah yang paling biasa dapat ditemui Jepun. Ia biasanya tumbuh liar di alam semula jadi. Bunga ini berwarna sedikit merah jambu dan mempunyai lima, kelopak kecil. Yamazakura mengeluarkan daun segar bersama-sama dengan bunga pada masa yang sama, Pokok dari jenis ini sangat mirip dengan Somei Yoshino.

Berikut adalah tempat yang popular untuk menikmati keindahan sakura di Tokyo:
 |
| Shinjuku Gyoen |
| 10 minit berjalan kaki dari Shinjuku Station
Harga tiket : 200 yen
Masa : 9:00am-16:30pm |
|
|
 |
| Ueno Park |
| Berdekatan dengan Ueno Station
Masuk percuma
Masa : 17:00pm -20:00pm |
|
|
 |
| Chidorigafuchi |
| Berdekatan dengan Kudanshita Station
Masuk percuma
Masa : 18:30pm – 22:00pm |
|
|
 |
| Sumida Park |
| Berdekatan dengan Asakusa Station
Masuk percuma
Masa : 18:00pm – 21:00pm |
|
|
 |
| Yoyogi Park |
| 5 minit berjalan kaki dari Harajuku Station
Masuk percuma |
|
|
 |
| Asukayama Park |
| Berdekatan dengan Oji Station
Masuk percuma |
|
|
 |
| Meguro River |
| Berdekatan dengan Nakameguro Station
Masuk percuma |
|
|
 |
| Inokashira Park |
| Selatan Kichijoji Station
Masuk percuma |
|
|
 |
| Koishikawa Korakuen |
10 minit berjalan kaki dari Shinjuku Station dari Iidabashi, Suidobashi atau Korakuen Station
Harga tiket : 300 yen |
|
Masa : 9:00am – 17:00pm
Masa : 9:00am – 16:30pm
 |
|
Aoyama Cemetery
|
|
5 minit berjalan kaki dari Nogizaka Station
Masuk percuma
|
|
Di bawah ini adalah ramalan tarikh pokok sakura akan mula berkembang mekar pada tahun 2015 (mengikut Japan Weather Association)

Musim sakura amat dinanti-nantikan kerana ianya datang hanya setahun sekali sahaja. Pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya supaya anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan keindahan alam ini.
Berikut adalah gambar-gambar ketika musim Sakura


