10 Peraturan Menggunakan Penyepit Makanan di Jepun

Ramai orang menggunakan penyepit beranggapan bahawa ia adalah semata-mata budaya bagi sesetengah negara. Di Jepun, bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang anda perlu mengambil serius.
Setiap kedudukan, atau pergerakan yang anda lakukan menggunakan penyepit kadangkala boleh menjadi kurang ajar atau gangguan kepada orang yang sedang menikmati makanan bersama anda. Walaupun ia mungkin tidak salah untuk melakukan kesilapan bagi orang baru, namun ia sesuatu sifat yang baik untuk belajar menghormati adat jepun dengan mengambil tahu pantang larang mereka menggunakan penyepit.

10 Stadium Sukan Terbesar Di Dunia

Kapasiti stadium boleh berbeza-beza bergantung kepada konfigurasinya, kadangkala bilangan tempat duduk boleh menjadi terhad untuk sukan tertentu. Berikut merupakan senarai stadium sukan terbesar di dunia yang disusun mengikut kapasiti mereka, iaitu bilangan maksimum penonton yang dapat ditampung oleh saiz stadium pada satu-satu masa.
Kebanyakan stadium ini pernah mempunyai kapasiti yang lebih besar, namun dari masa ke semasa ruang berdiri digantikan dengan tempat duduk yang lebih selesa dan selamat untuk semua penonton.

10 Jambatan Paling Terkenal Di Dunia

1

Sehingga ke hari ini, manusia telah menggunakan seni bina jambatan bagi tujuan menyediakan satu laluan mudah, yang membolehkan pengguna untuk merentasi jurang yang tebentuk hasil daripada fizikal alam semulajadi. Kebanyakan jambatan ini juga dianggap sebagai mercu tanda dan merupakan sebahagian penting daripada infrastruktur bagi sesetengah kawasan di seluruh dunia. Malah sebahagian dari jambatan ini telah menjadi ikon bandar kerana daya tarikan dan seni binanya yang mengagumkan.

Zaman Persekolahan di Jepun (Bahagian 2)

Artikel ini adalah sambungan daripada bahagian 1 (Zaman Persekolahan di Jepun)

7) Ibu Bapa dan Sekolah di Jepun

9

• Dalam satu kajian pada tahun 2005, 80 peratus daripada ibu bapa di Jepun berkata mereka bimbang pelajaran anak-anak mereka.

• Jepun mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang biasanya beroperasi di bawah penyeliaan sekolah dan bukan sebaliknya. Ibu bapa sering terlibat dalam PIBG. Kadangkala organisasi PIBG menjadi kurang cekap, menjadikan ramai orang perlu memberi lebih daripada yang diperuntukkan tetapi beban kerja dikongsi secara adil sama rata antara semua ibu bapa kanak-kanak di sekolah.

Orang Jepun dan Kucing

Sesuatu yang diharapkan dalam mana-mana lawatan adalah pertemuan dengan haiwan tempatan. Orang Jepun telah hidup dengan kucing bertahun lamanya dan kerana sejarah ini terdapat tempat-tempat di Jepun yang mesti dikunjungi oleh semua pencinta-kucing. ‘Cat Kafe’ yang menjadi semakin popular, dan pelbagai jenis barangan bertemakan kucing terdapat di Jepun pasti akan menimbulkan cinta terhadap haiwan ini dalam diri anda.

Tahukah Anda 10 Keretapi Terpantas Di Dunia?

Siapa yang tidak pernah merasai pengalaman menaiki keretaapi? Dunia yang semakin sibuk hari ini telah menjadikan keretaapi sebagai pengangkutan awam terpenting bagi semua peringkat usia. Ini kerana kemampuannya untuk membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat yang jauh dalam masa yang singkat berbanding pengangkutan awam yang lain.
Malah terdapat beberapa negara berlumba-lumba untuk mencipta keretaapi paling pantas di dunia. Selaras dengan perkembangan teknologi, manusia kini sudah mampu mencipta Keretapi Bekelajuan Tinggi sehingga ada yang mencapai kapasiti kelajuan 500km/h.

10 Gedung Teater Paling Indah di Dunia

Teater secara umumnya adalah satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni seperti muzik dan drama yang menggunakan penghibur hidup mempersembahkan lakonan daripada peristiwa sebenar atau imaginasi secara langsung kepada penonton di sebuah tempat dikenali sebagai pentas. Ia sentiasa menjadi tempat yang indah untuk dilawati sama ada besar atau kecil, dari segi estetik atau sebaliknya, masing-masing mempunyai sejarah yang tersendiri, watak tersendiri, dan personaliti yang sering menjadi sebahagian besar daripada produksi sepertimana juga pelakon.

10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi Di Dunia

Manusia selalu mengimpikan untuk melihat dunia ini dengan pandangan mata burung dari langit. Bermula dari Zaman kuno Menara Babel hinggalah ke saat ini sekalipun, hasrat itu tidak pernah padam. Akhirnya dengan perkembangan seni bina masa kini yang sangat menganggumkan, kini kita sudah berupaya merealisasikan impian untuk merasai peluang hidup di legar ruang udara ini.
Bahkan manusia berlumba-lumba mengejar takhta untuk mendapatkan siapakah yang layak memegang makhota mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia.

7 Tips Bagi Mereka Yang Suka Melancong Seorang Diri

Orang yang tidak pernah melancong sendirian sering menggambarkan perjalanan solo pertama mereka sebagai pengalaman yang mengerikan. Sering terlintas di fikiran mereka bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru berseorangan. Adakah mereka gembira jika melancong tanpa sahabat atau teman? Apakah yang akan berlaku jika terkandas di suatu tempat?
Sudah tentu, melancong sendirian mempunyai banyak risikonya seperti keselamatan, kesunyian dan kes kecemasan yang amat ditakuti.