6 PERKARA PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGGUNAKAN TANDAS JEPUN

6 PERKARA PERLU ANDA TAHU SEBELUM MENGGUNAKAN TANDAS JEPUN

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu sebelum menggunakan tandas di Jepun

1. Bahaya Selipar Tandas

Jepun mempunyai budaya yang sukakan kebersihan. Mereka menganggap kasut sebagai barang yang kotor kerana penggunaannya. Apabila anda memasuki rumah di Jepun, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menanggalkan kasut anda. Adat ini juga diguna pakai di bilik-bilik hotel dan restoran dimana anda akan diberikan selipar khas untuk dipakai.

Terdapat pelbagai jenis selipar yang berlainan. Apabila anda masuk ke tandas, jangan lupa untuk menanggalkan selipar bilik dan memakai selipar yang telah dikhaskan penggunaannya di tandas dan begitulah sebaliknya. Bagi penduduk Jepun, selipar tandas dianggap benda yang paling kotor di dunia! 

10 Perkara Yang Hanya Penduduk Asal Jepun Sahaja Boleh Faham

10 Perkara Yang Hanya Penduduk Asal Jepun Sahaja Boleh Faham

Jepun adalah sebuah negara yang penuh dengan misteri, dan ada begitu banyak perkara yang agak esoterik bagi warga asing. Terdapat sesetengah perkara yang orang Jepun lakukan mungkin tidak dapat difahami oleh warga asing. Jika anda seorang yang baru mula menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini, mungkin anda perlu mengenal sedikit budaya aneh mereka agar tidak berlaku salah faham dan anda pun secara tidak langsung dengan pantas dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

11 Produk Penjagaan Kulit Dengan Harga Yang Berpatutan Di Jepun

11 Produk Penjagaan Kulit Dengan Harga Yang Berpatutan Di Jepun

Barangan kosmetik Jepun amat popular di kalangan pelancong luar negara pada masa kini. Produk penjagaan kulit Jepun bukan sahaja berkualiti tinggi malah harganya yang murah, menyebabkan ramai orang Jepun sendiri memilih produk keluaran tempatan berbanding jenama antarabangsa. Terdapat produk yang khas dicipta tanpa wangian, tanpa pewarna tiruan, bebas paraben, dan lain-lain supaya semua orang boleh mencari sesuatu produk yang sesuai dengan kehendak mereka.

20 Peralatan Elektronik Jepun Untuk Kecantikan Yang Anda Perlu Cuba

20 Peralatan Elektronik Jepun Untuk Kecantikan Yang Anda Perlu Cuba

1

Jepun terkenal dengan barangan elektronik bermutu tinggi. Mereka menghasilkan banyak produk yang berkesan dan tahan lama seperti periuk nasi dan mesin basuh, tetapi tahukah anda bahawa mereka juga terkenal dengan peralatan elektronik untuk kecantikan? Berikut merupakan beberapa peralatan elektronik buatan mereka yang mungkin anda mahu lihat dan menggunakannya untuk diri sendiri!

Kenali Pebagai Jenis Kanzashi : Perhiasan Rambut Tradisional Jepun

Kenali Pebagai Jenis Kanzashi : Perhiasan Rambut Tradisional Jepun

1

Kanzashi adalah perhiasan rambut yang indah digunakan dalam gaya rambut tradisional Jepun. Lazimnya, kanzashi diperbuat daripada bahan-bahan seperti emas, sutera, perak, atau kulit kura-kura. Selain tujuannya untuk menghias rambut, ia juga turut dipercayai telah digunakan sebagai senjata pertahanan diri pada masa dahulu. Kanzashi yang berlainan juga boleh dipakai pada bulan yang berbeza sepanjang tahun.

Ceriakan Rutin Kecantikan Harian Anda Dengan Topeng Muka Jepun Yang Menarik Ini!

Ceriakan Rutin Kecantikan Harian Anda Dengan Topeng Muka Jepun Yang Menarik Ini!

Adakah anda suka memelihara kecantikan diri dengan mask (topeng muka)? Bergantung kepada individu, ada yang suka memakainya untuk beberapa kali sahaja dan ada juga yang sudah menjadi seperti rutin seharian mereka. Bagi yang sudah menjadi rutin seharian, tidakkah anda bosan memakai mask yang sama sepanjang hari?

Cara Derma Darah di Jepun: Apa yang Perlu Anda Tahu dan Lakukan

Cara Derma Darah di Jepun: Apa yang Perlu Anda Tahu dan Lakukan

Menurut Japanese Red Cross Society (JRCS), pengurangan dalam kadar kelahiran dan populasi warga tua yang terlalu ramai telah menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah di Jepun. Oleh itu, untuk memastikan bekalan penderma darah sentiasa stabil, tindakan segera perlu diambil.

30 Kuil Dan Makam Wajib Anda Lawati di Kyoto

30 Kuil Dan Makam Wajib Anda Lawati di Kyoto

Kyoto mempunyai lebih daripada 1600 kuil, jadi mungkin sukar untuk anda membuat pilihan yang mana harus dilawati. 17 Kuil dan Makam daripadanya telah diiktiraf sebagai ‘Warisan Dunia’ dan menjadi sebahagian daripada “Monumen Sejarah Kyoto Purba”. Untuk melihat semua kuil dan makam yang paling popular, anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari kerana sebahagian daripadanya memerlukan sedikit masa perjalanan. Namun begitu, tidak perlu risau, Jepun terkenal dengan sistem pengangkutan awam yang hebat jadi mudah untuk anda bergerak sekitar Kyoto.

1

Sebahagian daripada kuil dan makam di Kyoto ada yang lebih menjadi tumpuan pelancong, tetapi selagi anda tidak melawat semasa musim kemuncak (Musim Luruh dan Musim Bunga) anda tidak akan bersesak dengan ramai orang. Jika anda tetap mahu pergi ke Jepun pada musim bunga untuk melihat Sakura (tidak salahkan anda kerana ia memang suatu pemandangan yang hebat), rancang masa melawat anda dengan teliti untuk mengelakkan orang ramai sebanyak yang mungkin.

 

Berikut merupakan senarai kuil dan makam yang paling menjadi tumpuan pelancong di Kyoto:

Kenali Jenis-Jenis Bas di Jepun

Kenali Jenis-Jenis Bas di Jepun

Sistem pengangkutan di Jepun boleh dikatakan merupakan antara salah satu aspek yang menjadi kebanggaan negara. Orang yang tinggal di Jepun kebanyakannya menjadikan kereta api, kereta bawah tanah, teksi dan bas sebagai pengangkutan utama mereka dan begitu juga pelancong yang melawat negara ini. Ini kerana sistem pengangkutan di Jepun antara yang terbaik di dunia!

Bas di Jepun, bersama-sama dengan sistem kereta api dan kereta api bawah tanah merupakan jenis pengangkutan awam yang paling banyak digunakan di negara ini. Walaupun sistem pengangkutan bas tidaklah begitu menepati masa seperti kereta api, namun ia masih boleh dipercayai, cekap, selamat dan bersih, seterusnya menjadikannya satu bentuk pengangkutan utama dalam kehidupan seharian di Jepun.